Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai topik "kenapa aircond saya tidak sejuk?". Seperti kelaziman, kita memasang aircond supaya kita selesa berada didalam rumah dan tidak diganggu oleh kepanasan disebabkan kenipisan lapizan ozon hasil tangan-tangan manusia. Kadangkala, disebabkan aircond sudah tidak mampu menjalankan fungsinya menyejukkan ruang, ia mampu mempengaruhi hati kita agar turut panas. Mulalah kita tidak senang duduk, resah, tidak keruan, dan juga hilang selera makan. Mandi juga kangkala tidak basah. Jiran juga akan menjadi mangsa kutukan dan cemuhan jika kita mendengar bunyi compressor mereka memekakkan telinga. Ini semua mampu berlaku hanya jika aircond kita tidak lagi mampu menyejukkan.
Usah khuatir, usah resah dan usah menggelabah nak memukul anak hanya kerana hati yang sedang panas. Disini saya ingin berkongsi sedikit tips atau cara-cara untuk mengenal pasti punca kenapa penyaman udara kita tidak sejuk. Pertama sekali saya mahu kita semua mengubah persepsi bahawa aircond yang tidak sejuk bukanlah semata-mata disebabkan ketiadaan atau kehabisan gas. Jika persepsi ini tidak dikikis, peluang untuk 'dikencing' oleh ahli berilmu bermata duitan sangat tinggi.
Tips :
1) Aircond kurang sejuk - selalunya disebabkan oleh keadaan indoor yang terlalu kotor dan diselaputi habuk tebal. Periksa angin yang keluar dari indoor samada ianya sekata atau tidak. Jika tidak sekata, ianya sudah pasti aircond tersebut sangat kotor. Apa yang boleh dilakukan, cuci filter, jangan malas sangat. Tetapi, jika setelah filter dicuci dan ianya masih dalam keadaan yang sama. Anda perlulah mendapatkan khidmat technician untuk melakukan chemical servis keatas penyaman udara tersebut.
2) Aircond kejap je sejuk lepas tu tak sejuk - Keadaan ini boleh berlaku disebabkan kegagalan compressor untuk berfungsi dengan baik. Apa yang boleh dilakukan, tinjau keadaan compressor diluar, lihat samada bahagian belakang compressor tersebut kotor atau tidak, jika kotor, semburlah dengan air.
Kes ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kegagalan sensor untuk berfngsi dengan baik.
3) Aircond tak sejuk langsung - Ini kes berat sikit sebab banyak faktor yang menyebabkan aircond tersebut tidak sejuk, antaranya ialah : kehabisan gas disebabkan kebocoran, kegagalan compressor berfungsi. Cuba lihat keadaan compressor diluar samada ianya bergerak atau tidak.
Baiklah, sampai disini saja coretan saya. Sudah penat sebenarnya. Hubungi saya jika memerlukan bantuan dan tips. Saya akan berkongsi dengan anda semua.
Harapnya dengan perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment