Tuesday, 16 September 2014

Servis Aircond

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum..

Semenjak saya mengiklankan perniagaan saya di internet, saya mendapat banyak panggilan dari pelanggan yang bertanyakan tentang harga atau kos untuk servis sebiji penyaman udara. Beberapa kali juga berlaku kepada saya dan saya menyedari bahawa pemahaman saya dan pelanggan berbeza tentang term SERVIS AIRCOND. Saya harap apa yang saya tulis ini mampu memberi sedikit penjelasan kepada pengguna.
Perkara pertama yang perlu kita jelas adalah tentang servis itu sendiri, servis aircond ini ada beberapa kaedah atau cara. Antaranya adalah :

1) Chemical Servis @ Overhaul Servis.

- Servis ini dilakukan dengan menanggalkan unit penyaman udara kemudian dileraikan dan dibersihkan satu persatu bahagian dengan menggunakan sejenis bahan kimia. Servis ini perlu dilakukan apabila pengaliran udara pada unit dalam itu tidak lancar atau dengan kata lain, banyak habuk yang melekat pada aircond tersebut. Kos untuk Chemical Servis ini biasanya dalam lingkungan RM100 hingga RM200.

2) Normal Servis.

- Normal servis adalah kerja-kerja luaran sahaja, technician biasanya akan membersihkan penyaman udara tanpa membawa unit tersebut turun ke bawah dan juga pemeriksaan rutin terhadap keseluruhan penyaman udara. Servis ini selalunya hanya untuk melihat samada penyaman udara itu berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Kos untuk servis ini biasanya dalam lingkungan RM30 hingga RM100.

Jadi, ada perbezaan pada pemahaman antara technician dan juga pengguna mengenai servis aircond, untuk mengelakkan berlakunya salah faham, eloklah pengguna mendapatkan pengesahan dari technician terlebih dahulu bahawa servis bagaimana yang diperlukan ketika menanyakan tentang kos untuk setiap servis.

Perlu saya ingatkan bahawa setiap technician/syarikat penyaman udara menawarkan harga berbeza serta cara kerja yang berbeza. Boleh jadi harga yang murah mampu memberikan khidmat terbaik dan boleh jadi juga harga yang mahal dengan kerja yang cincai. Kuasa memilih ditangan pengguna.


Disini saya sertakan sedikit gambar bagaimana Chemical Servis dilakukan.

 Sebelum Dicuci

 Semasa Dicuci

Selepas Dicuci




Untuk Chemical Servis, saya menawarkan harga RM120.00 bagi setiap unit jenis wall mount (1hp-2.5hp).

Penambahan kos berlaku apabila unit perlu diisikan semula atau ditambah kandungan  gas.

Non-Inverter (R-22) - RM60 (Harga maximum)
Inverter (R-410A) - RM120 (Harga maximum)


Sebarang Pertanyaan sila hubungi saya.(24jam)

Aircond Tech : Faizal - 0134178862/0162518467

*whatsapp pun boleh.

Sekian.

Segala Puji Bagi Allah.

No comments:

Post a Comment