Assalamualaikum..
Saya mendapat banyak panggilan dari pelanggan yang mengadu mengenai penyaman udara mereka mengalami masalah kebocoran iaitu keluar air menitik sehinggakan kadangkala membasahi lantai bilik atau ruang tamu. Jadi, hari ini saya akan menerangkan serba sedikit tentang masalah ini. Semoga bermanfaat.
Penyaman udara yang mengeluarkan air bukanlah berlaku kebocoran dimana-mana. Banyak faktor yang mendorong masalah itu berlaku. Antara masalah utama, atau yang sering berlaku adalah disebabkan oleh penakung air yang berada didalam unit dalam/indoor tersebut telah tersumbat. Ianya berlaku kerana habuk yang banyak telah terkumpul dan menyebabkan air yang terkondensasi tidak dapat disingkirkan melalui paip yang disediakan.
Rujuk gambar dibawah :
(Gambar Copypaste Internet)
Masalah ini boleh diselesaikan dengan membuka unit dalam/indoor tersebut seterusnya mencuci penakung air itu. Kerja ini tidaklah berat dan susah, ianya boleh diselesaikan sendiri oleh pengguna seterusnya mampu menjimatkan wang dan tidak perlu memanggil juruteknik penyaman udara.
Terdapat juga masalah lain yang dikenalpasti mungkin menyebabkan air menitik keluar dari penyaman udara. Antaranya adalah :
1) Penapis habuk terlalu kotor.
2) Fin tidak dapat mengalirkan air ke dalam penakung.
3) Insulation cooper paip telah lama dan ada kebocoran.
Pengguna boleh memeriksa sendiri satu persatu bahagian tersebut untuk memastikan dari mana datangnya air yang menitik itu. Jika bernasib baik, anda mampu menjimatkan wang.
Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan khidmat nasihat, anda boleh menghubungi saya. Saya sedia membantu.
Faizal - 0134178862 / 0162518467
Sekian.