Sunday, 30 August 2015

Penyewaan Premis Panglima Technical Enterprise.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


        Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang masih membenarkan jiwa ini bernafas meneruskan kehidupan seharian. Segalanya datang dari yang Maha Esa.

        Kami di Panglima Technical Enterprise bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin- Nya, kami berpeluang untuk melebarkan sayap perniagaan kami dengan menyewa sebuah premis untuk dijadikan markas ataupun pusat operasi bagi perniagaan kami.

        Premis yang kami sewa itu terletak di Kampung Melayu Sungai Buloh. Tujuan penyewaan premis ini adalah untuk memudahkan serta melancarkan operasi kami di sekitar Selangor.

        Segala butir-butir mengenai premis kami akan kami naikkan kedalam blog ini sedikit masa lagi kerana ia masih dalam proses akhir penyediaan.

Bagi pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, Boleh menghubungi kami di talian :

Faizal : 0134178862 / 0162518467.

Thursday, 6 August 2015

Masalah dalam sebutharga.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

      Kehadapan semua pembaca atau pencari maklumat mengenai penyaman udara, saya ucapkan selamat sejahtera dan berbahagia selalu. Tujuan saya menulis posting ini adalah untuk memberi sedikit penerangan mengenai sebutharga perkhidmatan yang saya sediakan.

      Tatkala masa dan ketika posting ini ditulis, sudah ramai pelanggan yang senyap sunyi tidak berbunyi setelah menerima sepucuk sebutharga bagi perkhidmatan saya. Oleh hal yang demikian, saya juga kaget dan keliru, apakah masalah utama yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku. Adakah harga yang disebutkan terlalu mahal atau kos yang dinyatakan terlalu tinggi? Sehingga kini tiada siapa mengetahui kecuali empunya diri yang memohon sebutharga tersebut.

      Oleh itu, dalam posting ini saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam kes tersebut agar segala perancangan kita akan terlaksana, tidak lagi terkandas pada helaian sebut harga tersebut. Disebabkan saya cuma menulis dalam cyber cafe dan waktu tidak mengizinkan, saya akan pendekkan cerita.

     Harga yang saya nyatakan dalam setiap sebutharga adalah harga standard yang saya kenakan pada setiap pelanggan, tetapi kebiasaannya harga akan berubah mengikut kerja-kerja yang akan dilakukan. Ada yang makin tinggi dan ada yang makin rendah. Hal ini berlaku kerana maklumat yang saya perolehi dari pelanggan adalah terhad dan kadangkala ada perkara yang perlu ditambah atau dikurangkan.

     Kesimpulannya,saya meminta upah mengikut kerja yang dilakukan serta akan membantu anda semua berjimat cermat. Kerana saya juga rakyat marhaen yang sedar betapa susahnya mencari wang ringgit.

Sekian.

Yang Benar,

Faizal.
0134178862 / 0162518467

www.facebook.com/pang5technical